Galeri



Laman galeri ini memaparkan beberapa jenis tarian yang ditarikan oleh rakyat Malaysia. Ia merupakan kesenian dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Setiap negeri di Malaysia ini mempunyai seni tarian yang unik dan berbeza mengikut kaum masing-masing. Ini menunjukkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Dengan adanya galeri ini, diharapkan akan dapat membantu murid-murid untuk mengetahui beberapa jenis tarian yang terdapat di Malaysia.







Video Tarian Sumazau 1 ( Sabah )


Video Tarian Sumazau 2 ( Sabah )

Dikir Barat ( Terkenal di Kelantan )

Tarian Canggung

Dondang Sayang ( Melaka )

 Tarian Ngajat ( Sarawak )





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur Sirih

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog. Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3. Tajuk yang dipilih ialah Pantun Teka-teki (Kesenian dan Kebudayaan).Ia memaparkan pelbagai laman seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 3, BBM, galeri yang memuatkan pelbagai jenis tarian rakyat Malaysia, laman muat turun dan sekolah saya yang memberi gambaran keadaan di sekolah saya dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.


Pantun Teka-teki ( Kesenian dan Kebudayaan)

Sungai Langat airnya tohor,
Tampaknya keruh waktu gerhana;
Kalau ghazal popular di Johor,
Dondang sayang terkenal di mana?

Jangan malu hendak bertanya,
Nescaya orang akan tunjukkan;
Dikir barat itu namanya,
Negeri asalnya sila sebutkan.

Dalam gua ada bahaya,
Usah dibuat tempat bertapa;
Pakaian Malaysia gambaran budaya,
Baju ceongsam pakaian siapa?

Waktu petang menjahit bidai,
Mari disimpan di dalam bangsal;
Jawalah wahai adik yang pandai,
Dari manakah ngajat berasal?