Muat Turun

Dalam laman ini, anda boleh memuat turun bahan - bahan yang boleh digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

1. Kurikulum Standard BM Tahun 1
2. HSP BM Tahun 2
3. HSP BM Tahun 3
4. HSP BM Tahun 4 (bahagian 1)
5. HSP BM Tahun 4 (bahagian 2)
6. HSP BM Tahun 5
7. HSP BM Tahun 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur Sirih

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog. Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3. Tajuk yang dipilih ialah Pantun Teka-teki (Kesenian dan Kebudayaan).Ia memaparkan pelbagai laman seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 3, BBM, galeri yang memuatkan pelbagai jenis tarian rakyat Malaysia, laman muat turun dan sekolah saya yang memberi gambaran keadaan di sekolah saya dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.


Pantun Teka-teki ( Kesenian dan Kebudayaan)

Sungai Langat airnya tohor,
Tampaknya keruh waktu gerhana;
Kalau ghazal popular di Johor,
Dondang sayang terkenal di mana?

Jangan malu hendak bertanya,
Nescaya orang akan tunjukkan;
Dikir barat itu namanya,
Negeri asalnya sila sebutkan.

Dalam gua ada bahaya,
Usah dibuat tempat bertapa;
Pakaian Malaysia gambaran budaya,
Baju ceongsam pakaian siapa?

Waktu petang menjahit bidai,
Mari disimpan di dalam bangsal;
Jawalah wahai adik yang pandai,
Dari manakah ngajat berasal?